September 10, 2011

Amaran Villas-Boas Kepada Torres!


Hanya satu gol!

BOS Chelsea, Andre Villas-Boas memberi amaran kepada bintang bernilai 50 juta pound (RM240.5 juta) - Fernando Torres - bahawa dia tidak teragak-agak menggugurkannya daripada skuad utama andai terus tumpul di depan gawang. 

Villas-Boas berharap penyerang juara Piala Dunia, Sepanyol itu kembali ke prestasi terbaiknya selepas hanya menjaringkan satu gol daripada 21 perlawanan sejak meninggalkan Liverpool, Januari lalu.

Pemain 33 tahun itu yang pernah mencatat rekod sebagai penjaring import paling berkesan pada musim pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Liverpool selepas meninggalkan Atletico Madrid pada 2007, kini turut diketepikan pasukan kebangsaan Sepanyol menjelang perlawanan kelayakan Euro 2012 bertemu Liechtenstein.
Ditanya kemarau gol Torres itu, Villas-Boas berkata: Ia tidak boleh menjejaskan objektif dan sasaran pasukan. Ini bukan soal menjaringkan gol, tetapi juga mencipta peluang. Tetapi jika ia mula mengganggu kelancaran pasukan, ia perlu segera ditamatkan.

Dan saya tidak mempunyai masalah untuk menggugurkan pemain, kata pengendali muda dari Portugal itu.

Tetapi tidak bermakna anda hilang bakat hanya kerana menjaringkan satu gol dalam 21 perlawanan, kata Villas-Boas.

Bakatnya masih ada. Persoalannya ialah mengembalikan keyakinan dan ini bergantung kepada masa dan latihan. - Agensi

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!