September 27, 2011

Abang Ya Masuk Tentera!


Bersedia tinggalkan Pahlawan Merah demi tugas bersama ASKAR! 

KEHADIRAN B Sathianathan sebagai jurulatih baru pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (Tentera) bagi musim 2012 dijangka menjelmakan cabaran baru, sekali gus melonjak nama skuad dalam saingan Liga Perdana tahun depan. 

Turut dipilih termasuk bekas pemain kebangsaan, Kamaruddin Mohd Noor, Hamid Ramli dan Shahrin Majid sebagai penolong jurulatih untuk mencapai matlamat layak ke Liga Super musim seterusnya selepas terkandas dalam dua percubaan pada 2010 dan musim ini.
Majlis menandatangani kontrak kejurulatihan diadakan di Wisma Kementerian Pertahanan (Kementah) sambil disaksikan Presiden Persatuan Bola sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jeneral Tan Sri Zulkiefli Mohd Zain dan Timbalannya, Mejar Jeneral Datuk Abd Rahim Yusof.
Sathia, 53, yang membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia musim lalu, gembira diberi kepercayaan membimbing Tentera dan berazam memastikan pasukan itu layak ke Liga Super pada 2013. 

Saya menolak tawaran beberapa negeri dan pasukan kebangsaan Mynmar kerana ingin memberi sumbangan kepada Tentera, di samping berada dengan keluarga, katanya. 

Katanya, dia dan rakan sudah bersedia mencari pemain terbaik untuk diserapkan ke dalam pasukan yang akan dibentuk akhir Oktober nanti. 

Antara pemain yang dipilih termasuk beberapa pemain kebangsaan kini dan dua pemain luar import. 
Seperkara yang pasti, bekas jurulatih kebangsaan itu sudah membuat persefahaman dengan bekas majikannya, Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) yang dia tidak akan membawa pemain negeri itu berhijrah sama. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!