April 28, 2011

UCL | Real Madrid vs Barcelona Video Highlight

Jaringan cantik Lionell Messi memastikan Barcelona kini dengan bekalan selesa untuk ke pusingan kedua Separuh Akhir.

Jose Mourinho juga dikatakan begitu marah kepada anak buahnya akibat daripada kekalahan di gelanggang sendiri ini kerana sebelum perlawanan bermula, beliau begitu optimis untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini setelah beraksi cemerlang menewaskan Barcelona dalam perlawanan akhir Copa del Rey.

Walau bagaimanapun, kita tunggu dan lihat bagaimana keputusan akhir perlawanan antara Catalan dan Galaticos ini dalam peringkat separuh akhir pusingan kedua yang akan berlangsung di Nou Camp.