Didier Drogba kini akan kekal di Stamford Bridge setelah membuat perbincangan dengan pemilik Chelsea.
Penyerang sensasi Ivory Coast dikatakan tidak berpuas hati dengan kemasukan penyerang GPB50 juta, Fernando Torres yang dikatakan telah merampas kedudukannya dalam Chelsea.
Drogba yang berusia 33 tahun dan mempunyai baki kontrak setahun dan agennya, Thierno Seydi kini bersetuju untuk terus kekal bersama The Blues untuk musim depan.
Walau apapun yang berlaku, kita tunggu dan lihat keputusannya dalam musim perpindahan ini.
Selaku penyerang sensasi Chelsea, Drogba mungkin rasa tercabar kerana dalam setiap perlawanan di akan ditukarkan dengan Fernando Torres.
Namun Drogba seharusnya bersikap profesional kerana dalam bola sepak, kita tidak boleh mengharapkan seorang striker yang hebat sahaja. Kita juga harus melihat kepada penyerang lain yang berpotensi untuk menjaringkan gol buat pasukan.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!