March 6, 2011

Liverpool v Man United: Kecederaan, Gantung Perlawanan?

Liverpool_vs_Mancehster_UnitedPerlawanan ini merupakan perlawanan penting antara kedua-dua pasukan dan perlawanan ini juga merupakan perlawanan besar dalam kalendar EPL musim 2010/11.

Dapat dilihat perlawanan ini merupakan perlawanan yang mnejadi tumpuan antara penyokong Man United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal. Saya yakin malam ini penyokong MU akan keseorangan dan penyokong Liverpool, Chelsea dan Arsenal akan bergabung untuk melihat tumbangnya ego Setan Merah buat keli kedua setelah tewas kepada Chelsea dalam perlawanan minggu lepas.

Tidak dapat dijangka pasukan mana yang akan memenangi perlawanan malam ini kerana kedua-dua pasukan masing-masing ada masalah besar iaitu masalah kecederaan beberapa tonggak dan juga pemain yang digantung perlawanan.

Kita mulakan denga Man United. Mereka kini mengalami masalah permain pertahanan. Johnny Evans masih lagi berada dalam senarai keccederaan manakala Ferdinand dan Evra masih lagi belum pasti sama ada betul-betul cergas untuk menghadapi perlawanan malam ini.
Manakala Vidic pula digantung perlawanan kerana mendapat kad merah dalam pertemuan menentang Chelsea minggu lepas.

Ketiadaan bebrapa pertahanan utama ini membuka peluang kepada Chris Smalling, Wes Brown dan Da Silva untuk bersama-sama mempertahankan kubu mereka daripada dibolosi Luiz Suarez.

Liverpool pula, mereka juga megalami beberapa masalah kecederaan dalam pasukan.

Raul Miereles dan Agger masih lagi tidak pasti sama ada diturunkan atau tidak berdasar kepada kecederaan yang dialami olehnya.

Namun ada perkhabaran baik bagi peminat Liverpool apabila ada ura-ura mengatakan bahawa Andy Carroll akan beraksi buat kali pertama bersama Liverpool pada malam ini.

Namun, ada juga berita yang kurang enak apabila Steven Gerrard mungkin akan tidak diturunkan malam ini juga akibat dari kecederaan. Ini mungkin akan menjatuhkan sedikit semangat pasukan dan juga peminat.

BUat masa sekarang ini, masih tidak dapat dipastikan kesebelasan utama yang akan diturunkan malam ini kerana kedua-dua pasukan dijangka akan mengumumkan kesebelasan utama mereka dalam masa satu jam sebelum perlawanan bermula.

Diharapkan perlawanan ini akan menjadi satu perlawanan yang menarik.