
Perlawanan Barclays Premier League malam ini menyaksikan beberapa pertemuan menarik antara beberapa pasukan.
Malam ini akan menemukan pasukan setempat apabila West Brom akan berkunjung ke Aston Villa untuk sepak mula pertama malam ini.
Bagi Fulham pula mereka memerlukan tiga mata bertemu Sunderland hari ini bagi mengelakkan mereka disedut ke zon penyingkiran manakala bagi Wigan Athletic pula perlu menang ke atas Everton sekiranya mereka ingin keluar dari zon penyingkiran.
West Ham juga ingin mencatatkan kemenangan ke atas Manchester City bagi membolehkan mereka tidak lagi berada di tangga terbawah liga manakala Man City perlukan kemenangan untuk mengejar pendahulu liga Arsenal.
Blackpool akan menentang Stoke manakala Newcastle akan menentang Liverpool.
ASTON VILLA V WEST BROM
Aston Villa harus bangkit selepas mengalami kekalahan kepada Liverpool pada minggu lepas dan mereka harus memenangi perlawanan setempat bertemu West Brom malam ini. Namun begitu kemenagan ke atas West Brom dianggap misi sukar apabila The Baggies telah memenangi tiga perlawanan terakhir berturut-turut manakala Aston Villa pula mengalami tiga kekalahan berturut-turut. Namun begitu, Aston Villa tidak pernah tewas di tangan West Brom dalam 16 pertemuan terakhir mereka di Villa Park sejak Mei 1979.
EVERTON V WIGAN
Everton kini sedang cuba membaiki prestasi mereka setelah melalui enam perlawanan tanpa mencatatkan kemenangan. Ini merupakan prestasi terburuk mereka dalam masa 11 bulan namun Wigan pula telah mengalami empat kekalahan dalam empat perlawanan terakhir mereka di tempat lawan.
The Latics hanya menang satu perlawanan dalam lima lawatan ke Goodison Park dengan Everton menang tiga perlawanan dan satu seri dalam empat pertemuan selepas Wigan mencatatkan kemenagan pada September 2005.
FULHAM V SUNDERLAND
Fulham telah jatuh ke tangga 17 liga apabila gagal untuk mencatat kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka.
Dalam enam perlawanan terakhir, Fulham hanya berjaya mengutip tiga mata manakala The Black Cats pula hanya kalah sekali dalam enam perlawanan terakhir mereka dengan berjaya mengutip 11 mata.
Untuk rekod, dalam empat perlawanan terakhir antara kedua pasukan menyaksikan hanya dua gol dihasilkan.
STOKE V BLACKPOOL
Stoke tidak pernah mencatat kekalahan dalam lima perlawanan terakhir mereka apabila berjaya mengutip 11 mata manakala Blackpool pula hanya mengalami keputusan seri dalam dua perlawanan terakir mereka di tempat lawan.
The Seasiders tidak pernah menang di Stoke sejak 1963 dan mereka juga tidak pernah berjumpa dalam perlawanan EPL sejak pertemuan terakhir pada 1971 yang menyaksikan mereka seri 1-1.
Blackpool tidak pernah dikalahkan dalam tiga perlawanan dan hanya tewas sekali dalam enam perlawanan tetapi gawang mereka telah dibolosi sebanyak 18 kali dalam perlawanan mereka di tempat lawan.
WEST HAM V MAN CITY
Man City mempunyai harapan mengejar pendahulu liga Arsenal tetapi memerlukan kemenangan dengan tujuh gol untuk mengatasi The Gunners.
City tidak pernah tewas dalam enam perlawanan terakhir namun harus diingat bahawa mereka tidak pernah menang di Upton Park sejak 2007.
The Hammers tidak tewas dalam tiga perlawanan mereka di tempat sendiri namun begitu mereka masih menghuni tangga tercorot liga dalam kedudukan terkini.
NEWCASTLE V LIVERPOOL
The Magpies akan bermain buat kali pertama dibawah pengendali baru setelah mereka mengalami dua kekalahan di Anfield ketika berada di bawah bimbingan Chris Hughton.
Bagaimanapun, The Reds memenangi lima daripada lapan perlawanan di tempat lawan. Dalam empat perlawanan terakhir antara kedua-dua pasukan juga menyaksikan Liverpool memenangi keempat perlawanan dengan menghasilkan 14 gol.
The Magpies hanya berjaya mengutip dua mata dalam lima perlawanan terakhir dan ingin memulakan rentak kemenangan mereka di bawah pengurus baru Alan Pardew.