November 12, 2011

Jangan Datang Lawan Chelsea – Dalglish




PENGURUS Liverpool, Kenny Dalglish membuat kejutan apabila meminta supaya penyokong setia kelab itu tidak membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Carling menentang Chelsea, 29 November depan.
Dalglish berkata, dia bakal hanya menurunkan barisan pemain-pemain muda pada perlawanan tersebut sebagai protes kerana hanya 48 jam sebelum itu, Liverpool dijadual bertemu Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris.
“Situasi ini cukup memalukan apabila pemain utama diminta beraksi dua perlawanan penting menentang City pada Ahad dan bertemu pula Chelsea di London, 48 jam kemudian.
“Jika badan pengendali liga mahu merendahkan nilai kejohanan mereka, terpulanglah. Tapi mereka jangan kecewa jika selepas ini semua pasukan hanya menggunakan kejohanan ini sebagai medan pembangunan pemain muda.
“Satu saja saya nak beritahu kepada para penyokong kami, fikir masak-masak sebelum membeli tiket bagi perlawanan Piala Carling ini. Kami tak mahu mereka bazirkan wang dan kemudian kami pula terpaksa turunkan barisan pemain muda,” kata Dalglish. – mynewshub.my


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!