MASALAH cirit birit sedikit sebanyak mengganggu skuad renang negara dengan hanya dua pingat perak mampu diraih pada hari pertama saingan di Pusat Akuatik Jakabaring, semalam.
Biarpun sembilan perenang negara menghadapi cirit birit, jurulatih Paul Birmingham tidak mahu menggunakan itu sebagai alasan persembahan hambar skuad negara.
Birmingham berkata, Yap See Tuan yang sekadar di tempat keempat 200m kuak dada lelaki sangat kecewa kerana merasakan mampu menghasilkan keputusan lebih baik tetapi berdepan kekejangan otot kaki sebelum berlumba.
Dia meramalkan keputusan hampir sama bakal dipamerkan skuad negara, hari ini.
“Perlumbaan di temasya ini berlangsung enam hari dan acara sasaran kita bukanlah pada dua hari pertama. Saya harap semua bersabar untuk emas pertama skuad renang,” katanya mengenai skuad renang yang disasar membawa pulang enam emas.
SUMBER
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!