Hairuddin meraikan gol jaringannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam.
JARINGAN emas Hairuddin Omar membuktikan ia sudah cukup untuk membantu
Negeri Sembilan menundukkan Terengganu 2-1 di pentas final Piala
Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi, sekali gus memastikan
kejuaraan Piala Malaysia 2011 milik skuad Hobin Jang Hobin.
Selepas
S Kunanlan memadam kelebihan awal Terengganu menerusi gol pembukaan
Ashaari Shamsudin, Hai-O tampil menyambut hantaran lintang kapten Shukor
Adan dengan sepakan libas menarik untuk menewaskan penjaga gol
Terengganu, Sharbinee Alawee pada minit ke-85.
Selain dipilih selaku Pemain Terbaik Final, penyerang 32 tahun itu turut
memenangi anugerah Kasut Emas apabila jaringan di final itu
memberikannya gol peribadi kelapan dalam saingan tertua bola sepak
negara.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!