September 16, 2011

The Young Tigers Sedia Gempur Japang!

Malaysia turun selaku pasukan under-dog

SKUAD Olimpik negara kendalian Ong Kim Swee berangkat ke Jepun hari ini, bagi perlawanan kelayakan peringkat kumpulan Sukan Olimpik London 2012, menentang pasukan gergasi Asia itu di Tosu, Fukuoka, 21 September ini.

Walaupun tewas 0-1 kepada skuad Olimpik Oman dalam perlawanan persahabatan semalam, ia sedikit pun tidak mencacatkan moral pemain.

Sebaliknya, Kim Swee berkata, ia adalah pengajaran cukup baik buat mereka sebelum menghadapi anak buah Takashi Sekizuka, Rabu depan.

“Bagi saya apa yang penting adalah kebangkitan pemain, walaupun ketinggalan satu gol pada babak pertama perlawanan. Apa pun saya berpuas hati dengan aksi dipamerkan pemain sebelum berangkat ke Jepun.

“Kini tiada lagi permainan untuk menimba pengalaman, sebaliknya pemain perlu lebih serius jika ingin menang apa pun saya harap rakyat Malaysia mendoakan kejayaan kami,” katanya.

Selain Jepun, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Bahrain dan Syria. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!