February 10, 2012

Rooney Mahu Redknapp Jadi Guru Besar



LONDON - Wayne Rooney mahu Harry Redknapp dilantik sebagai pengurus baru England, cadangan yang turut mendapat sokongan sebahagian besar bintang England, bekas pemain dan seluruh peminat sejurus peletakan jawatan Fabio Capello.


Bintang penyerang Manchester United itu menulis dalam rangkaian sosial Tweeter: "Capello sudah berhenti, seorang yang baik dan jurulatih berprofil tinggi. Perlu orang Inggeris untuk menggantikannya, pada saya Harry Redknapp."


Peletakan jawatan mengejut, Capello mengundang pelbagai reaksi, yang kebanyakannya tidak percaya jurulatih kelahiran Itali itu akan bertindak begitu memandangkan Kejohanan Eropah (Euro) 2012 hanya tinggal empat bulan.


Pertahanan Tottenham, Kyle Walker meluahkan kekecewaan atas pemergian Capello.


"Luluh melihat Fabio Capello pergi, beliau memberi kepercayaan yang besar kepada saya dan memberi cap pertama. Saya hanya mahu mengucapkan berbanyak terima kasih kepadanya,'' tulis Walker.


Pertahanan United, Rio Ferdinand yang amat berang tahun lalu kerana Capello menarik balik lilitan ketua pasukan daripadanya untuk diserah semula kepada Terry, tidak ketinggalan berkongsi apa yang dirasai dalam Twitter: "Jadi Capello meletak jawatan... apa berlaku selepas ini." - AFP