February 13, 2012

Peluang Barca Makin Tipis



MADRID - Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola mengakui peluang pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan La Liga semakin tipis dan kini terhadap mengharap 'ehsan' musuh ketat, Real Madrid selepas tumpas mengejut 2-3 di Osasuna, semalam.


"Menang gelaran? Kami akan cuba mempertahankan mahkota Liga Juara-Juara dan cuba mengharungi perlawanan demi perlawanan dalam La Liga.


"Kami akan lihat apa yang berlaku tetapi kami kini ketinggalan di belakang. Saingan liga semakin sukar pasukan.


"Dalam aksi babak kedua malam ini (semalam), kami bermain baik tetapi kami perlu beraksi lebih baik pada separuh masa pertama.


"Perlawanan ini amat sukar, namun kami harus mengucapkan tahniah kepada Osasuna," kata Guardiola di Pamplona.


Penyandang juara La Liga dan Liga Juara-Juara itu bergelut untuk mempertahankan kejuaraan musim ini dengan sekadar melakar empat kemenangan dan tumpas kali kedua, semalam.


Dua gol daripada Dejan Lekic meletakkan Osasuna selesa 2-0 di depan sebelum rehat dan Alexis Sanchez berjaya merapatkan jurang gol selepas 50 minit permainan berlangsung.


Raul Garcia bagaimanapun melebarkan kembali kedudukan tuan rumah kepada 3-1.


Pemain gantian, Cristian Tello meledakkan gol kedua buat Barca, namun ia sudah terlewat untuk mengejar Osasuna.


Ekoran kekalahan terbaru Barca, Real berjaya mengatasi musuh mereka itu dengan kelebihan tujuh mata. Malah, kedudukan akan melebar kepada 10 mata jika mereka berjaya mengalahkanLevante.


Guardiola terus memberi kepercayaan kepada pemain mudanya menentang Osasuna dan merehatkan Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas di bangku simpanan sebagai persiapan menentang Bayer Leverkusen dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, pertengahan minggu ini


Sergio Busquets juga tidak bermain ekoran kecederaan, dan pasukan Catalan itu juga gagal beraksi seperti biasa di atas permukaan padang yang tidak rata.


Dalam perlawanan terdahulu, Atletico Madrid sekadar melakar keputusan seri 0-0 dengan Racing Santander, sementara Athletic Bilbao tewas 1-2 kepada Real Betis. - AFP