February 8, 2012

AnfieldCat Popular di Twitter



LONDON - Kemunculan seekor kucing di tengah padang Anfield ketika Liverpool menentang Tottenham Hotspur yang berkesudahan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, menjadikan haiwan tersebut selebriti di internet.


Gelagat kucing tersebut menarik minat pelayar internet yang mencecah 17,368 orang yang mengikuti laman sosial Twitter, One, @AnfieldCat setelah rakaman video aksi kucing berkenaan disiarkan.


Berita terbaru yang ditulis melalui laman sosial tersebut turut mengaitkan musuh ketat Liverpool, Everton dalam satu lawak jenaka iaitu: "Everton dikhabarkan berminat untuk menandatangani khidmat saya, Bill Kenwright (pengerusi Everton) perlu 'mencakar' untuk mendapatkan duit."


Peminat Liverpool, yang terkenal dengan sikap lucu mereka, menyanyi beramai-ramai dengan memasukkan perkataan kucing dalam nyanyian mereka iaitu "Seekor kucing, seekor kucing... seekor kucing, seekor kucing, seekor kucing ( A cat) dalam nada lagu Kop Battle Cry yang biasanya menggunakan perkataan "Serang... serang (Attack)


Aksi kucing tersebut kelihatan cukup bersahaja dengan berlegar di tengah padang sebelum steward Anfield membawanya keluar. - Reuters