Pemain Perancis itu yang kini sedang menjalani latihan pra-musim di Sepanyol bersama kelab barunya Shanghai Shenhua, masih sukar mempercayai bagaimana masanya di Stamford Bridge berakhir dengan penamat penuh kehinaan.
“Saya mendapat semua peralatan sebagai pemain profesional tetapi mereka meletakkan saya di dalam bilik persalinan berasingan – itulah bola sepak.
“Satu hari, anda boleh menjadi penjaring gol dan melakukan apa yang anda perlu lakukan untuk kelab tetapi satu hari anda langsung tidak dikasihani.”
Penyerang itu adalah antara tonggak Carlo Ancelotti ketika membantu Chelsea muncul juara berganda Piala FA dan Liga pada 2010 dan penjaring terbanyak Liga Perdana musim 2008/09 dengan 19 gol.
Tetapi di bawah pengurus kelahiran Portugal itu, Anelka disisihkan dan pertahanan Alex turut menjadi mangsa apabila dia tidak mahu menandatangani kontrak baru. – Agensi