January 21, 2012

SPRM Mulakan Siasatan Ke Atas Pemain Perlis


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil sembilan pemain bola sepak Liga Perdana Perlis, hari ini berhubung siasatan dakwaan rasuah pada perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukan itu menentang pasukan MP Muar pada 9 Januari lalu. 

Pengarah SPRM Perlis, Alias Darus, berkata semua pemain berkenaan akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan mengatur perlawanan itu seperti didakwa Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa sembilan pemain pasukan berkenaan disyaki terbabit dengan rasuah.

Katanya, SPRM menunggu masa sesuai berikutan semua pemain itu kini sedang menghadapi jadual perlawanan liga yang ketat termasuk perlawanan menentang pasukan Pahang, malam tadi.
“Jika terbukti benar SPRM akan mengambil tindakan. 

Tiada siapa yang akan terlepas daripada kesalahan ini,” katanya di Kangar, semalam.- Bharian