Bagi Azraai, aksi terjahan keras di atas padang mengundang rasa hilang sabar pemain dan pihaknya mengakui situasi itu tidak dapat dijangka kerana masing-masing mahukan kemenangan tetapi beliau berpuas hati pemain memberi aksi terbaik untuk bangkit di laman sendiri selepas kecundang kepada Perak, Selasa lalu.
“Tiga mata yang kita inginkan tercapai walaupun Kunanlan dilayangkan kad merah. Kemasukan Shukor Adan yang pulih daripada kecederaan banyak membantu malam tadi (kelmarin).
“Syabas kepada pemain kerana mempamerkan persembahan seperti dirancangkan dan mencipta banyak peluang. Saya juga lega Shahurain (Abu Samah) sudah kembali menemui sentuhan,” katanya, semalam.
Pengendali berpengalaman itu yakin kemenangan kelmarin bakal menyuntik semangat dan keyakinan lebih tinggi buat skuad Hobin untuk mengumpul kemenangan dan meletakkan pasukan di kelompok teratas carta Liga Super.
“Terima kasih kepada peminat setia yang terus menyokong untuk memastikan kejayaan pasukan,” katanya.