January 4, 2012

Kapten Chelsea Tetap Bersama Andre Villas-Boas



Kapten Chelsea, John Terry memberitahu Evening Standard yang dia berada 100% dibelakang pengurus Andre Villas-Boas.


Villas-Boas dilihat sukar untuk mencari rentak sebenar Chelsea sejak tiba ke Stamford Bridge daripada Porto pada musim panas lepas.


John Terry mengakui ada mendengar berita-berita yang mengatakan berlaku kekacauan dalam kem Chelsea.


Terry berkata:" Saya mahu tegaskan bahawa saya berada 100% di belakang coach. Tidak ada masalah dalam kem Chelsea sehingga kini.


"Coach telah buat pencerahan siapa yang mahu kekal di sini, dialu-alukan. Sesiapa yang tidak mahu kekal, mereka boleh berpindah."


Beberapa minggu lepas, Nicolas Anelka telah meninggalkan kelab untuk bersama kelab baru Shanghai Shenhua, manakala Drogba, Malouda dan Alex dijangka akan meniggalkan kelab pada Januari ini sekiranya mereka berjaya mendapatkan kelab yang mahu menggunakan khidmat mereka.


"Saya terbaca berita hari ini yang mengatakan saya tidak meraikan gol bersama manager untuk gol pertama menentang Wolves tapi saya lakukan," kata kapten England itu.


"Saya berlari ke arahnya dan saya risau Wolves akan menyambung perlawanan dengan pantas ketika kami sedang meraikan gol. Saya meraikan gol dengan cepat dan terus menyambung permainan seperti biasa.


"Roman juga berada di belakang Boas, begitu juga dengan kelab, dan dia telah membawa perubahan buat kami, bukan dalam jangka masa pendek, tapi jangka masa panjang. Kami tetap menghormati setiap keputusannya."