January 4, 2012

Gilardino Sah Milik Genoa



Penyerang kebangsaan Itali, Alberto Gilardino telah melengkapkan perpindahannya dari Fiorentina ke Genoa, dengan yuran perpindahan sekitar GBP7.25 juta. Bekas penyerang AC Milan ini berhijrah ke Genoa dengan kontrak tiga tahun.


Pemain berusia 29 tahun ini bakal menyertai rakan bersama pasukan barunya selepas rehat musim sejuk.


Fiorentina Official Website menulis: "Fiorentina mengumunkan telah menjual Alberto Gilardino kepada Genoa.


Kami mengucapkan terima kasih kepada Alberto sepanjang bermain bersama kami. Kelab mendoakan beliau sentiasa berjaya bersama kelab baru dan kariernya."