November 16, 2011

Skuad Karate Disabotaj?


Arivalagan 

MAJLIS Sukan Negara (MSN) menafikan wujud dalang mensabotaj skuad karate seperti didakwa P Arivalagan, sebaliknya percaya dakwaan jurulatih itu didorong sifat emosi yang membelenggu dirinya.
“Mungkin dia terlalu kecewa kerana gagal mencapai enam emas seperti disasarkan Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) dan dirinya sendiri. 

“Malah, saya rasa tidak wajar dia mengeluarkan kenyataan itu. Jika ada sesuatu yang tidak disenangi, dia boleh menyuarakan kepada kami, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan MAKAF,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong, semalam. 

Kelmarin, Arivalagan mendakwa ia didalangi oleh pegawai Malaysia bagi memastikan dia disingkirkan daripada tugasnya. 

“Kami puas hati dengan pencapaian karate mencapai sasaran. Soal kedudukan dia (Arivalagan), kita akan bincang selepas pulang ke Kuala Lumpur nanti,” kata Zolkples. 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengarah MAKAF menyiasat kenyataan Arivalagan dan jika dakwaan itu benar pegawai Malaysia berkenaan boleh dianggap membelot pasukan negara dan ini perbuatan yang amat memalukan. 

“Persekutuan Sukan SEA harus mengambil serius perkara ini kerana ia boleh menjejaskan ketelusan dalam mutu pengadilan sukan,” katanya di Putrajaya, semalam. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!