November 14, 2011

Saya Nyaris Lupakan Bola Sepak - Chicharito



LONDON - Javier Hernandez mendedahkan bahawa dia hampir berhenti daripada bermain bola sepak tiga tahun lepas sebelum dia menyertai Manchester United.
Penyerang Mexico yang mesra dengan gelaran Chicharito itu memberitahu, sebelum ini dia kecewa kerana tidak dipilih bekas kelabnya, Guadalajara dan bercadang untuk mempertimbangkan masa depannya.
Namun, bintang berusia 23 tahun itu berkata, keluarganya telah banyak membantunya agar sedar dengan kepentingan bola sepak kepada dia.
"Kira-kira tiga tahun dahulu saya bakal membuat keputusan tersebut dan saya agak keliru ketika itu. Ini adalah jalan yang Tuhan mahu saya ikuti.
"Saya jarang bermain bola sepak, saya sering berada di bangku simpanan.
"Saya kecewa, ada pemain yang lebih muda daripada saya yang datang dapat bermain. dan ia benar-benar mengecewakan saya," ujarnya.
Katanya, dia sering berbincang dengan ibu bapa, datuk dan nenek, adik dan teman wanitanya berkenaan situasi tersebut.
Mereka jelasnya, telah membantu menyedarkan saya bahawa bola sepak adalah apa yang saya mahukan.
"Saya tahu bahawa saya merupakan insan bertuah dan saya berbangga dengan mengambil keputusan untuk terus bermain bola sepak. Pengalaman itu banyak mengajar saya," tambah penyerang Manchester United itu.
Jelas Hernandez lagi, adakalanya, jika mahukan sesuatu, tetapi tidak memilikinya seseorang itu akan marah dengan diri sendiri dan orang di sekelilingnya.
"Ia penting untuk menikmati kehidupan anda dan menikmati bola sepak anda.
- Agensi



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!