November 20, 2011

Mana Sikap Semangat Kesukanan Indonesia?


SUKAN sering dikaitkan antara jambatan terbaik mengeratkan hubungan sesama negara kerana pada dasarnya, ia mengutamakan semangat kesukanan dan mengenepikan pengaruh perbezaan politik serta budaya. 

Itulah juga matlamat penganjuran Sukan SEA yang bukan setakat bersaing dalam acara sukan, tetapi juga mengeratkan semangat setiakawan sesama negara Asia Tenggara mengambil bahagian.
Namun, beberapa insiden terhadap layanan tuan rumah kepada atlit, pegawai mahu pun petugas media Malaysia tidak langsung mencerminkan matlamat itu.
Insiden seperti penonton tidak berdiri dan menghormati lagu kebangsaan yang memenangi pingat emas sudah seperti kebiasaan di Kompleks Sukan Jakabaring yang menjadi venue utama kebanyakan acara di Palembang. 

Malah, pada satu upacara penyampaian pingat di Pusat Akuatik membabitkan pemenang emas dari Malaysia, penonton tuan rumah sengaja bersorak dan membuat bising ketika NegaraKu berkumandang. 

Bukan itu saja, petugas media Malaysia yang membuat liputan di Pusat Akuatik juga menghadapi kesukaran menjalankan tugas dihalang pihak keselamatan memasuki kawasan dikhaskan untuk atlit dan pegawai bagi temubual. 

Apapun tahniah diucapkan kepada penganjur yang prihatin terhadap aduan media apabila sebahagian kemudahan yang dulunya teruk khususnya di pusat media utama yang talian internet dan telefon sering sesak dan terputus-putus selain meja dan kerusi yang tidak mencukupi, sudah ada sedikit peningkatan. 
Fiesal - Berita Harian

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!