November 16, 2011

Jaringan Ronaldo, Nani Jinakkan Bosnia-Herzegovina


Dua gol menerusi Cristiano Ronaldo memberi inspirasi kepada Portugal mencatat kemenangan besar 6-2 terhadap Bosnia-Herzegovina dalam saingan play-off kelayakan Euro 2012, awal pagi tadi. 

Dengan kemenangan itu Portugal layak ke final Euro tahun depan.
Penyerang Real Madrid itu meledak seawal minit ke-8 dan gol keduanya pada minit ke-53.
Rakan sepasukannya ketika di Manchester United, Nani pula membocori gawang Bosnia pada minit ke-24, manakala gol kelima dan keenam dijaringkan oleh Helder Postiga (minit ke-72, 82) Veloso (minit ke-80). 

Bosnia bagaimanapun seakan-akan bangkit apabila Zvezjdan Misimovic mengegarkan jaring pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti pada minit ke-41 dan gol kedua menerusi Emir Spahic pada minit ke-65.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!