November 21, 2011

Chelsea 1-2 Liverpool



Glen Johnson menjadi wira diatas kemenangan Liverpool ke atas Chelsea dalam pertemuan di Stamford Bridge.


Liverpool menjaringkan gol pertama melalui Maxi Rodriguez pada minit ke-33 selepas mendapat sentuhan daripada Craig Bellamy dan Luis Suarez.

Daniel Sturridge datang dan memberikan gol penyamaan apabila menyambar bola daripada Malouda pada minit ke-55.

Branislav Ivanovic pula mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol apabila tandukannya tersasar jauh dari palang gol, namun Johnson menjaringkan gol dengan membuat larian solo selepas menerima hantaran daripada Charlie Adam.

Chelsea pasti akan tertekan dengan keputusan ini dan individu yang akan menjadi sasaran ialah pengurus Chelsea sendiri, Villas-Boas.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!