November 19, 2011

Bolasepak: Malaysia Melangkah Ke Akhir



Malaysia melangkah ke pertandingan akhir bola sepak Sukan Sea ke 26 apabila menewaskan pasukan Myanmar 1-0 petang ini di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
Gol Malaysia dijaring oleh Ahmad Fakhri Saarani ketika permainan hanya berbaki 7 minit pada suku kedua. (minit ke 83).
Malaysia akan bertemu sama ada Indonesia atau Vietnam yang bertemu malam ini dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Kelmarin, Malaysia yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee melenyapkan ego Indonesia selepas mencatat kemenangan 1-0 untuk melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan A.- MYNEWSHUB.MY


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!