September 9, 2011

Mohon Bantuan Seluruh Penyokong The Red Warriors



Memohon keprihatinan seluruh penyokong The Red Warriors yang berdarah jenis A, untuk membantu adik Nurul Azhanum Zainuddin yang sangat memerlukan darah segera bagi meneruskan perubatan kimoterapi penyakit kanser yang dihidapinya. Adik Nurul Azhanum kini berada di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu. Sesiapa yang sudi menderma darah bolehlah terus ke hospital dan memaklumkan derma darah untuk adik Nurul Azhanum yang kini berada di wad mawar.
Hanya Allah sahaja mampu membalas keprihatinan anda. Sila hebahkan perkara ini kepada rakan-rakan dan kaum keluarga anda. Pihak kami juga dimaklumkan bekalan darah untuk semua jenis darah di Kelantan amat kritikal dan memerlukan penderma. Sama-sama kita membantu rakan-rakan yang dalam kesusahan.
b_250_200_16777215_0_http___a3.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc7_316115_1816711632515_1681843941_1266905_127793_n.jpg

Baca selanjutnya di SINI


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!