August 11, 2011

Transfer | EPL 11 Ogos 2011 Transfer Gossip


Chelsea akan menawarkan Yossi Benayoun kepada Spurs sebagai pertukaran untuk mendapatkan Luka Modric.

Carlos Tevez bersedia untuk berhijrah ke Inter Milan secara pinjaman - sekiranya Inter menjual Samuel Eto'o kepada kelab Anzhi Makhachkala yang berpengkalan di Rusia.

Eto'o dikatakan bersetuju dengan syarat Anzhi Makhachkala - dan bakal menjadi pemain paling mahal mendapat bayaran di dunia dengan anggaran gaji sebanyak £300,000 seminggu.

Swansea masih lagi menghangatkan musim perpindahan dengan cuba mendapatkan Trezeguet secara percuma.

Tottenham mungkin akan beralih kepada Giuseppe Rossi dari Villareal setelah Athletic Bilbao tidak menerima tawaran yang dibuat oleh kelab itu terhadap Fernando Llorante.

Stoke cuba untuk memancing Joey Barton yang dilepaskan oleh Newcastle United dengan membuat tawaran gaji £60,000 seminggu.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!