July 28, 2011

Transfer | EPL 28 Julai 2011 Transfer Gossip



Keinginan keluarga Juan Mata untuk berpindah ke London membuka ruang kepada Arsenal untuk cuba membida pemain itu yang kini bermain bersama Valencia. Arsenal cuba mendapatkan pemain itu dengan harga £15 juta. Perkara ini juga mendatangkan berita gembira buat Fabregas dengan harapan Arsenal melepaskannya ke Barcelona.

Dalam masa yang sama juga, Arsenal cuba membida Karim Benzema dari Real Madrid setelah mendapat berita bahawa Real Madrid cuba mendapatkan Carlos Tevez.

Chelsea telah membuat bidaan baru berharga £20 juta terhadap Romelu Lukaku yang baru berusia 18 tahun yang mendapat jolokan "New Didier Drogba".

The Blues turut membaut bidaan terakhir ke atas pemain tengah Tottenham, Luka Modric yang berusia 25 tahun.

Gergasi Itali, Juventus berharap dapat membawa masuk penyerang Man United yang berusia 30 tahun, Dimitar Berbatov.

Man United pula berminat untuk mendapatkan Diego yang bermain bersama Wolfsburg.

West Brom bersedia menambah nilai bidaan terhadap RObert Green (penjaga gol West Ham) kepada £4 juta.

Arsene Wenger ada memberitahu kelab Lille bahawa dia berminat untuk membawa Eden Hazard ke Emirates Stadium.

Chris Samba (Blackburn) telah memberitahu kelabnya bahawa dia mahu menyertai Arsenal.

Walau bagaimanapun Tottenham cuba untuk mendapatkan pemain itu dengan harga £15 juta.

Blackburn pula bersedia untuk membuat perpindahan pertama untuk musim ini dengan cuba membawa masuk Radosav Petrovic yang kini bermain dengan kelab Partizan Belgrade.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!