April 10, 2011

EPL | Gameweek 32 Preview & Prediction Part 2


Hari ni jumpa kita jumpa lagi. Setelah beberapa perlawanan berlangsung malam tadi dan seperti biasa pasukan pilihan memperolehi kemenangan dan memungut tiga mata berharga buat pasukan masing-masing. Sekarang saya akan buat sedikit ulasan untuk perlawanan malam ini pula.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!


Blackpool- Arsenal
Blackpool kini hanya satu mata di bawah zon penyingkiran, dan ini dilihat tidak baik buat mereka. Mereka melalui musim yang bagus sepanjang perjuangan dalam Liga Perdana musim ini. Kini mereka tinggal lima perlawanan di gelanggang sendiri daripada tujuh perlawanan dan ini mungkin akan memberi peluang kepada mereka untuk terus bersaing mengelakkan daripada tersingkir. Sekiranya mereka ingin mendapat sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan ini, mereka harus menggunakan khidmat Charlie Adam sebaik mungkin.

Arsenal pula hanya berjaya mencatat keputusan seri dalam tiga perlawanan sebelum ini dan ini dilihat membunuh peluang untuk mengejar pendahulu liga. Permainan mereka ketika menentang Blackburn minggu lepas tidak cukup baik sekiranya mereka ingin menhejar kejuaraan liga. Blackpool pasti akan bermain dengan baik dan ini akan memberi masalah kepada Arsenal sekiranya mereka tewas dalam perlawanan ini.

Namun keputusan dijangka memihak kepada Arsenal dengan jaringan 2-3

Aston Villa-Newcastle
Aston Villa kini dilihat mugkin tidak akan tersingkir pada musim depan. Mereka kini berada di tangga ke-16 liga yang mana hanya dua tangga di atas zon penyingkiran. Mereka mempunyai penyerang yang bagus, namun pertahanan mereka amat teruk sepanjang musim.

Newcastle bermain dengan baik apabila membelasah Wolves 4-1 dalam perlawanan minggu lepas. Mereka mungkin akan menghuni tangga ke-7 liga sekiranya mereka menang dalam perlawanan ini. Namun permainan mereka di gelanggang lawan amat teruk. Masalah utama mereka sekarang ialah sukar untuk menjaringkan gol,namun dengan pertahanan Villa yang tidak terurus mungkin akan memudahkan lagi Newcastle untuk mengutip tiga mata penuh.

Namun begitu, prediction saya ialah Aston Villa menang dengan jaringan 3-1.

Liverpool-Man City
Liverpool kini menderita dengan beberapa masalah kecederaan. Permainan mereka di gelanggang sendiri amat bagus, namun mereka harus menjadi yang lebih baik sekiranya mereka ingin menewaskan MAn City yang kini menduduki tangga ke-3 liga. Dengan penjualan Fernando Torres dan kecederaan yang dialami Gerrard, kualiti Man City kini dilihat lebih bagus berbanding mereka.

Man City akan bermain dalam separuh akhir Piala FA menetang Man United minggu depan dan mereka bercita-cita untuk mengutip tida mata sebelum perlawanan itu. Apa yang saya imagine sekarang ialah mungkin kedua-dua pasukan akan bermain dengan corak bertahan.

Keputusan dijangka seri 1-1.